Isnin, 27 Januari 2014

Asalamulaikum......... dah lama saya tak upload gambar-gambar kabinet hasil kerja saya. Kabinet ini saya pasang di Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan. Untuk tempahan ini, table top konkrit telah lama owner buat dengan kontraktor lain cuma kabinet dapurnya belum dipasang mungkin bajetnya belum mencukupi kot. 
Kebiasaannya kabinet dapur jika table top konkrit telah sedia ada para pembuat kabinet akan memasang pintu sahaja kecuali laci dan di bahagian dalam nya kosong tapi kali ini saya buat lain daripada pembuat kabinet yang lain setiap ruang mempunyai partition masing-masing dan setiap partition mempunyai shelf masing-masing jadi cumstomer boleh mengubah tinggi/rendah mengikut kesesuaian barang-barang. 

Material yang dipilih oleh owner rumah ialah
Material : Plywood sandwich
Pintu atas : 3G glass
Pintu bawah : Plywood sandwich + Fomica
Kos keseluruhan: RM 10,500




Tinggi kabinet atas dalam 6 Kaki penuh sampai ke plaster siling






Pada bahagian kanan dapur, pintu 3G glass di pasang pada kabinet bahagian atas sahaja dan pintu Plywood sandwich + fomica pada kabinet bawah


Untuk bahagian atas sebelah kiri, owner tak nak pasang pintu sebab dia cakap nak letak tuppwear hiasan cuma di atas peti ais dia nak pintu Plywood sandwich


Ini lah gambar kabinet dapur yang telah siap.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh lah hubungi saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan