Kedudukan sinki (sink), dapur (stove),
peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalam
sebuah dapur.
Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.
Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.
a)
Sinki
b)
Dapur
c)
Ketuhar
d)
Peti sejuk
Sinki
1. Sinki
adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur.
2. Ini
bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia juga
mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan
basah.
3. Cahaya
matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan
lebih cepat. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet
dapur anda.
Dapur
1. Bagi
dapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki.
2. Ini
bukan sahaja dapat memudahkan pengguna namun penyedut asap (hood) dapat
mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih cepat.
3. Semakin
pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk
mengeluarkan asap dari dapur anda.
4. Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5
kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup
untuk dua orang pengguna untuk melakukan kerjanya di depan sinki dan dapur.
Ketuhar
1. Ketuhar
adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau
letak berhampiran dengan dapur. Kebiasaannya jarak sekurang-kurang 3 kaki di
antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat bagi pengguna.
2. Ketuhar
biasa memerlukan ruang 600mm x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah
atau di dalam kabinet tinggi.
3. Bagi
meningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang,
kabinet tinggi/dinding merupakan salah satu pilihan yang baik.
4. Di
samping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka pengguna
boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan memudahkan pengguna
semasa menggunakan ketuharnya.
Peti Sejuk
1. Peti
sejuk merupakan salah satu barang yang agak besar dalam
dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur
supaya menjadikan keadaan ruang dapur lebih luas.
2. Kebanyakan
pereka kabinet dapur suka letak kabinet dinding di tepi peti ais supaya ia
tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais.
3. Ini
merupakan cara yang paling baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di
dalam kabinet demi menyerlahkan dapur yang lebih kemas dan teratur.
4. Walaubagaimanapun,
pengguna dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti
ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih selesa.
SUSUNATUR
SINKI, DAPUR DAN PETI SEJUK
Pernahkah anda dengar
tentang segitiga dalam dapur?
1.
Segitiga ini bermaksud kedudukan sinki,
dapur dan juga peti sejuk.
2.
Kalau kita susun ketiga-tiga barang ini
di tiga bucu masing-masing, kita akan nampak satu segitiga dalam dapur kita.
Dengan adanya segitiga ini, barulah kita dapat pergerakkan yang lebih baik dan
selesa di dalam ruang dapur kita.
3.
Tetapi, dalam gambar ini, kita boleh
nampak peti sejuk terletak di hujung dapur, ini bermakna, peti ais yang besar ini
tidak menghalang pergerakan kita di dalam ruangan dapur.
4.
Walaubagaimanapun, di Malaysia
kebanyakan kabinet dapur adalah disusun secara L-shape. Jadi terpaksalah kita
susun dapur sama baris dengan peti sejuk.
5.
Gambar berikut menunjukkan beberapa cara
biasa kedudukan dapur, sinki dan juga peti sejuk.
CAHAYA
DAN ALIRAN UDARA
1.
Pertama sekali yang harus diberi perhatian ialah
suasana dapur haruslah terang dan mempunyai aliran udara yang baik.
2.
Ruang dapur adalah tempat pelbagai kegiatan memasak
serta menyediakan makanan dan minuman. Apabila di dapur, penghuni rumah banyak
menggunakan peralatan elektronik yang panas dan perkakas tajam. Oleh itu, isu
keselamatan haruslah diutamakan.
3.
Dapur yang gelap dan malap boleh menyusahkan
penglihatan ketika membuat kerja dan boleh membahayakan, lebih-lebih lagi jika
kita penat dan lalai.
4.
Sesebuah ruang dapur akan kelihatan lebih luas jika
keadaannya terang.
5.
Oleh ituitu pilihlah warna yang cerah dan terang.
6.
Aliran udara di antara pintu masuk dengan tingkap
haruslah lancar dan tidak terhalang. Ini membolehkan bahang wap dan asap mudah
mengalir keluar dan tidak menjadikan keadaan udara di dapur sesak dan berbau.
7.
Pencahayaan lampu hendaklah cukup terang untuk
keseluruhan ruang kabinet dapur.
PILIH
BAHAN TAHAN LASAK
1.
Pilihlah bahan kaunter atas dapur (table top) yang
tahan lasak iaitu dapat menampung bahan masakan yang panas dan suhu panas.
2.
Anda boleh memilih material konkrit, solid surface,
marble ataupun granite.
3.
Pilihlah warna cerah kerana bahan ini mudah tercalar.
Warna gelap akan menampakkan calar dengan ketara.
4.
Bahan yang lasak dan bermutu seperti batu granit boleh
menarik perhatian pembeli rumah jika anda ingin menjual rumah anda kelak.
5.
Oleh itu, tidak salah jika anda lebihkan bajet sedikit
untuk mendapatkan barang yang lebih baik dan bermutu.
Pilihan Bahan Asas Kabinet Dapur
Untuk memilih bahan asas kabinet dapur, para pelanggan hendaklah
mengetahui bahan-bahan yang berada di pasaran. Terdapat 5 (lima) kategori
material untuk membina body kabinet dapur iaitu :-
- Melamine ABS/ Particle board
- Plynyatoh sandwich
- Blockboard
- Kayu nyatoh
- Aluminium
MELAMINE
ABS/ PARTICLE BOARD
- Pilihan ekonomi/ murah
- Saiz di pasaran 6’x 8’ x 16 mm
- Sesuai untuk jangkamasa pendek
- Terdapat dalam pelbagai corak dan warna pilihan
- Kerja paling menjimatkan masa
- Sangat berat
- Terdapat 2 jenis iaitu tahan air dan tidak tahan air
- Boleh bertahan 3-5 tahun
PLYNYATOH
SANDWICH
- Harga yang mahal
- Kerja yang lama
- Kos yang tinggi – terdapat 3 lapisan iaitu; lapisan pertama papan lapis meranti biasa saiz 3.6mm, lapisan tengah kayu meranti saiz 1/2” x 1 6/8” dan lapisan terakhir Papan lapis warna putih saiz 3mm
- Terdapat dalam pelbagai corak dan warna pilihan. Kebiasaan finishing yang moden menggunakan material Fomika, mica dll
- Cepat kering
- Sangat ringan
- Senang dibersihkan
- Boleh bertahan 5 – 10 tahun
BLOCKBOARD
- Kadar ketahanan yang tinggi.
- Harganya mahal daripada plynyatoh sandwich
- Ringan dan kuat.
- Boleh bertahan sehingga 10 tahun
ALUMINIUM
Modern Aluminium Kitchen mengorak langkah dalam
memberikan pilihan buat para pemilik kediaman untuk memiliki kabinet dapur
daripada material aluminium. Bukan sahaja menampilkan pelbagai pilihan corak ,
malahan ia turut memiliki beberapa kelebihan yang praktikal sebagai kabinet
untuk ruang dapur. Modern Aluminium Kitchen telah mendapat hak pengedaran
eksklusif yang pertama di Malaysia bagi produk berasal dari Dubai. Di Dubai,
,kabinet dapur aluminium ini telah lama diterima umum dan mempunyai permintaan
kerana kualiti dan reka bentuk yang ditampilkan.
1. KALIS ANAI-ANAI.
Oleh
kerana kabinet ini tidak dibuat menggunakan kayu, ia terhindar daripada masalah
anai-anai
2. KALIS
MINYAK.
Material yang digunakan juga tidak menyerap
minyak sekali gus tidak akan meninggalkan kesan kotoran kekal
3. MUDAH UNTUK
DICUCI DAN DIBERSIHKAN.
Permukaan kabinet daripada material fibre sheet
yang mempunyai tekstur yang licin memudahkannya dibersihkan dengan hanya
mengelapkannya.
4. KALIS AIR.
Material
yang tidak menyerap air.
5. WARNA YANG BOLEH
DIUBAHSUAI.
Permukaan pintu kabinet boleh ditukar ganti
mengikut kesukaan anda sekiranya sudah bosan dengan warna yang sedia ada . Caj
akan dikenakan mengikut keluasan kabinet dapur anda.
6. REKA BENTUK DAN
WARNA MENGIKUT PERMINTAAN.
Anda boleh membuat pilihan reka bentuk mengikut
cita rasa tersendiri kerana setiap dapur adalah rekaan khas.
7. JAMINAN SERVIS
SELAMA LIMA TAHUN.
Kabinet dapur aluminium ini diberi jaminan servis
selama lima tahun sekiranya berlaku sebarang kerosakan dan masalah
MEMILIH
MATERIAL PINTU KABINET DAPUR
Setiap
kali kita hendak merancang kabinet dapur baru kita, satu dari keputusan paling
penting yang perlu kita beri perhatian ialah tentang pemilihan pintu untuk
kabinet dapur kita. Pintu kabinet dapur merupakan satu kawasan permukaan
terbesar yang kita akan lihat di dapur. Ia akan menunjukkan dapur kita kelihata
English Style, Moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dan gaya kabinet
dapur yang kita kehendaki bergantung kepada kekemasan, warna pintu dan aksesori
pintu kabinet dapur.
- Kayu nyatoh solid (antik)
- Melamin ABS
- Plywood (Fomika)
- Blockboard (Fomika)
- Acrylic
- 3D Glass
- Aluminium
Pintu Nyatoh
Jenis : Kayu keras
ringan.
Nama Botani : Spesis
utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Keterangan Am :
- kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
- ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
- bertekstur rata dan sedikit kasar.
- keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
- Ketahanan : Tahan lama
- Kegunaan : Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan bermutu tinggi seperti kabinet, panel, pengadang, lantai parket dan lain-lain.
English
style
keaslian
warna kayu
Semangkuk
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani
: Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Keterangan Am :
-
kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning
pucat atau coklat merah.
-
ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk
daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan
lama.
Kegunaan : Banyak
diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.
English style
Pintu Melamine
Material ini sekarang
memang banyak orang guna. Mutu dan kualiti pun dah dipertingkatkan melalui
penyelidikan. Bagi masalah anai-anai, kembang akibat terkena air dah pun
diperbaiki. Tetapi jangan pula bagi basah 24jam melamine ni. Kayu nyatoh pun
boleh rosak kalau macam tu. Pekara yang paling penting ialah beri sedikit
perhatian pada bahagian sinki anda apabila mengunakan material ni. Lapisan
permukaan yang menutup bahan ni pun ada macam-macam corak dan warna. Sekiranya
kita hendak kelihatan macam kayu, macam English style, bahan ni boleh
menunjkukkan konsep yang anda kehendaki.
Permukaan melamine di pasaran sudah ada warna yang berkilat seperti acrylic dan
3D Glass. Jadi untuk membuat tempahan pintu menggunakan melamin ini anda perlu
berhati-hati nanti takut-takut terkena tipu pula.
warna
putih dapur kelihatan luas
3G (3rd Genaration)
Ok untuk 3G ni plak maksud 3G ialah generasi ke-3 dalam kabinet dapur. Untuk generasi pertama dalam kabinet dapur masa mula-mula kabinet dapur ni diperkenal, dorang guna kayu solid. Sampai sekarang pun permintaan terhadap kayu solid ni masih lagi tinggi kerana hasil yang cantik dan daya ketahanan yang tinggi.
permukaan
yang menarik dan berkila
green
apple
Untuk genarasi ke-2, telah disebutkan tadi iaitu melamine. So karang boleh la tengok balik melamine kat atas tu. Sekarang keluar generasi yang ke-3 iaitu 3G. Material yang selalu digunakan ialah acrylic dan kaca. Tengok permukaan pintu yang guna acrylic dengan kaca memang cantik dan berkilat. Hasil kemasan pun memang puas hati. Bagi anda yang inginkan dapur moden dan menawan hati boleh la gunakan material ini. Orang cakap kalau dapur mahal-mahal dan cantik-cantik ni masak apa pun semua jadi sedap. Hahaha. Ye la kalau dapur dah cantik-cantik so si pemasak boleh la memasak dengan suka hati dan gembira. Biasanya untuk material acrylic dan kaca ni ramai custumer memilih warna-warna yang terang so menonjolkan lagi kabinet dapur.
UKURAN
YANG SEIMBANG
1.
Dapur yang direkabentuk dengan baik mempunyai
ketinggian yang seimbang dan skala yang baik.
2.
Kabinet bawah tidak harus terlalu rendah atau terlalu
tinggi. Ia harus bersesuaian dengan ketinggian orang Asia dewasa. Ketinggian
dari lantai hingga permukaan kaunter, sebaik-baiknya 85 sentimeter.
3.
Dan kabinet di atas pula tidak harus terlalu tinggi
hingga penghuni rumah terpaksa mencapai barang dengan menggunakan kerusi kecil.
4.
Dari permukaan kaunter hingga ke permukaan bawah
kabinet atas, tingginya haruslah daripada 60 hingga 70 sentimeter. Lebih
daripada itu, dapur akan kelihatan janggal dan tidak praktikal.
5.
Jika ketinggian siling di ruang dapur daripada 2.7
meter hingga 3 meter, saya cadangkan ketinggian kabinet dapur tidak mencecah
hingga ke siling.
6.
Ketinggian ini akan menjadikan dapur kelihatan lebih
sesak dan malap, terutama sekali jika anda memilih warna yang gelap.
7.
Design yang sesuai kita hendaklah menjarakkan 20 hingga
40 sentimeter sebagai jarak yang bebas di antara siling dengan kabinet dapur.
8.
Dari segi praktikal pula, pintu kabinet yang tinggi dan
besar akan membuat pintu itu lebih berat dan lambat-laun, pintunya akan nampat
senget ke bawah.
9.
Anda mungkin menyangka anda akan mempunyai lebihan
ruang jika kabinet dapur dibina tinggi ke tahap maksimum, tetapi barang-barang
yang mungkin anda letakkan di tempat yang tinggi dan susah dicapai dan akhirnya
ia berhabuk dan tidak berguna lagi.
10. Oleh
itu, lebih elok jika anda mengurangkan perkakas dapur dan tidak menyimpan
terlalu banyak barang yang tidak digunakan selalu atau tidak berfungsi
langsung.
KAMI JUGA MENAWARKAN KURSUS KABINET DAPUR
kursus ini akan berjalan pada hari hujung minggu terutamanya sabtu dan ahad. Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tidak kira lelaki atau pun perempuan janji ada berminat boleh join kursus dengan kami.
Sesi kursus terbahagi kepada 2 iaitu :-
- Sesi pertama - Kursus menggunakan material Plynyatoh + Fomika
- Sesi kedua - Kursus menggunakan material melamin
Kursus kabinet Dapur atas menggunakan material Melamine